‘DIVERSION’ UNTUK TANGANI JENAYAH KECIL KANAK-KANAK

 

Kerajaan akan memperkenalkan projek rintis yang dikenali sebagai ‘diversion’ bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, program itu memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang terbabit jenayah ringan.

Beliau berkata, diversion merupakan satu sistem pengalihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada.

“Kanak-kanak tersebut akan menjalani modul intervensi yang disediakan khas untuk mereka mengikut jenis kesalahan dan latar belakang kanak-kanak tersebut.

“Mengikut model ini, kanak-kanak yang tersabit kesalahan ringan tidak akan ditahan,” katanya ketika berucap pada program lawatan rasmi ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, di sini, pagi Khamis.

Hadir sama pada program itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Sementara itu ketika ditemui media Wan Azizah berkata, pindaan akta perlu dilakukan bagi melaksanakan program terbabit.

“Akta mesti dipinda sebelum ia dilaksanakan. Ini adalah satu idea supaya mereka yang ada ‘minor crime’ tidak melalui tahanan apabila diberikan peluang kedua itu.

“Melalui diversion buatlah apa pun seperti khidmat masyarakat , kaunseling supaya mereka dapat pulih kembali,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.