KERAJAAN TAK CAMPUR TANGAN – MAHATHIR

 

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan campur tangan dalam aspek pelaksanaan undang-undang terhadap bekas pemimpin terdahulu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, dari segi kesalahan terpulang kepada pelaksanaan undang-undang bagi mendakwa mereka atas perbuatan mereka semasa memerintah negara.

“Soal nak menyalahkan orang itu dari segi undang-undang. Bukan soal kita,” katanya kepada media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya, pada Khamis.

Mahathir berkata, kerajaan memang fokus kepada masalah yang dihadapi rakyat dan giat berusaha untuk mengembalikan negara di landasan yang betul.

“Kita kena fokus kepada masalah agar boleh jadi semula sebuah negara yang dihormati oleh dunia. Itu tujuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Negara (CEP), Tun Daim Zainuddin bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu.

Daim berkata, PH perlu menumpukan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.