SAYA TIDAK KEMPEN UNTUK RAFIZI- WAN AZIZAH

 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan lawatannya ke Julau, Sarawak, Sabtu lalu adalah bagi tujuan berkempen untuk individu tertentu khususnya Rafizi Ramli sempena pemilihan PKR yang sedang berlangsung.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PRK itu mendakwa, sebaliknya lawatan itu sudah dirancang sekian laman mengikut jadual sebelum pemilihan parti itu.

Malah kata Wan Azizah, beliau juga tidak terbabit dengan pemilihan parti itu kali ini.

“Kalau ikut jadual, ia selepas pemilihan (PKR), tak jadi isu,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, di sini pagi Khamis.

Semalam, Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presiden PKR itu ke Julau, Sabtu lalu

Menyifatkan lawatan itu sebagai tidak wajar, Latheefa mendakwa Wan Azizah menggunakan jentera kerajaan untuk melawat negeri itu atas kapasiti sebagai timbalan perdana menteri serta menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Latheefa berkata, lawatan Wan Azizah ke Julau melibatkan penggunaan kedudukan rasmi dan aset kerajaan selain turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk jalan di Julau.

“Saya tidak kempen sebenarnya, saya pun tidak bertanding…sebenarnya (ikut jadual) saya pergi selepas pemilihan parti, tetapi kebetulan (pemilihan parti) ditangguhkan,” jelas Wan Azizah lagi.

 

Wartawan Watan-Online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.