TETAP MAHU AHLI UMNO

 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli UMNO yang berhasrat menyertai PPBM perlu membuktikan mereka sudah ‘taubat’ daripada tabiat buruk dalam parti politik lama.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, berkata parti itu akan menerima ahli UMNO yang disenangi atau sudah diteliti pelakuannya.

Katanya, PPBM akan menapis kemasukan dan tidak akan menerima individu, yang masih berpegang kepada niat masuk parti politik untuk mendapat peluang (kedudukan).

“Kalau sekarang ini, sesiapa yang ingin menyertai parti PPBM, mereka mesti buktikan sudah tidak terikat lagi dengan UMNO, mereka menyokong tindakan baik yang dilaksanakan PPBM.

“(Buktikan) Mereka bukanlah boleh masuk sebagai satu kumpulan besar, yang berniat untuk menguasai atau BERSATU.

“PPBM tidak boleh dikuasai sesiapa. BERSATU dikuasai perjuangannya,” katanya dalam satu temubual yang dimuat naik di platform media sosial PPBM, Jumaat.

Beliau mengulas penolakan ahli PPBM untuk menerima kemasukan beramai-ramai ahli UMNO kerana risau budaya buruk UMNO diserap ke dalam parti serpihan itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.