ANAK AZIZ TAPA SERTAI PPBM

 

Anak bongsu kepada veteran UMNO, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa, Imanuddin mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Imanudin turut meletakkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan Kampung Rim pada Rabu lalu.

Beliau berkata, UMNO sudah tiada hala tuju selain kecewa dengan sikap ahli dan pemimpinnya yang tidak sudah-sudah bergaduh sesama sendiri.

“Arwah ayah selalu mengingatkan lima perkara dalam parti iaitu rakyat, orang parti, masyarakat sekeliling, keluarga dan akhir sekali diri sendiri.

“Namun sebaliknya berlaku apabila adalah jelas UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah disebabkan pemimpinnya mengutamakan kepentingan diri” katanya kepada pemberita pada Sabtu

Terdahulu, Imanuddin bersama 30 ahli UMNO menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.