MAAF, RAKYAT TETAP DITIPU – SHAMSUL

 

Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyelar kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana terbukti menipu peminjam PTPTN mengenai janji penangguhan bayaran balik pinjaman.

Menurut beliau, Pengerusi PTPTN yang baharu, Wan Saiful Wan Jan sememangnya layak memohon maaf atas kegagalan tersebut, namun hakikatnya rakyat tetap ditipu.

“…Dengan hebatnya Pengerusi PTPTN dan Kerajaan PH umumkan akan lakukan reformasi pada PTPTN.

“Saya pun teruja juga mahu mengikutinya sebab mungkin ada idea baik yang akan Wan Saiful bawa yang gagal saya lakukan sewaktu mengendalikan PTPTN.  Namun “permohonan maaf” yang kita dengar hari ini,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO turut memberitahu bahawa PTPTN sudah mengkaji mekanisme yang perlu dilaksanakan termasuk polisi yang diketengahkan PH seperti termaktub dalam manifesto.

Justeru itu menurutnya, PTPTN sudah maklum bahawa manifesto penangguhan bayaran balik PTPTN seperti diwar-warkan PH sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bakal menemui kegagalan.

“Saya nak bagitahu Wan Saiful, bahawa sebelum Kerajaan PH memerintah lagi PTPTN sudah tahu sukar untuk melaksanakan polisi memulakan bayaran di tangga gaji RM4000.

“PTPTN sudah lama mengkaji perkara ini, kita sudah menghantar pegawai keluar negara bagi mengkaji pelbagai perkara termasuk cadangan ini. Jadi kita tahu sukar dan membebankan PTPTN sendiri,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.