PEMILIHAN PKR TERUS BERMASALAH

 

Pemilihan PKR yang menunju puncak semakin ‘panas’ apabila terus dicemari dengan unsur sabotaj selain berlaku banyak ‘penipuan’ yang mencurigakan.

Malah, tahap ketelusan pemilihan parti itu turut dipersoalkan oleh pemimpin parti itu sendiri.

Terbaru, sistem undian atas talian pemilihan PKR Cabang Julau, Serawak digodam keputusan terpaksa digantung buat sementara waktu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilijan Parti (JPP), Datuk Rashid Din berkata, awalnya Unit Sistem dan IT JPP mengesan sistem e-undi di pusat pemilihan di Julau gagal berfungsi pada jam 2 petang, pada Sabtu.

Katanya, sewaktu pemeriksaan dilakukan, didapati 10 unit tablet e-undi yang digunakan pada waktu itu telah dicerobohi perisian Prey Anti Theft.

Katanya, laporan telah dihantar bagi mendapatkan maklum balas Pasukan Keselamatan Siber JPP di Petaling Jaya.

“Maklumat yang diterima menyebut bahawa perisian ini digunakan untuk memadam aplikasi e-undi dalam tablet, mencuri data, mengubah kata laluan dan mengawal tablet menggunakan komputer dari jarak jauh.

“Siasatan awal juga mendapati applikasi tersebut telah dipasang secara fizikal pada tablet rasmi JPP yang diperuntukkan bagi Cabang Julau pada hari ini sekitar jam 4 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Unit Sistem dan IT JPP mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi masalah ini dengan menukar mod undian kepada offline, mematikan privelage Device Administrator dan membuat Uninstall applikasi Prey Anti-Theft daripada Application Manager.

“Disebabkan situasi ini, JPP menggantung keputusan bagi Cabang Julau sehingga pemulihan tablet dan penyatuan data habis diproses,” katanya.

Menurutnya, JPP juga sedang menyiasat sama ada serangan siber seperti itu juga berlaku di tempat lain yang turut mengadakan pemilihan pada hari ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.