TOLAK ICERD: BUKTI UMNO PEJUANG BANGSA

 

UMNO melakukan tindakan tepat apabila menolak sepenuhnya ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan tersebut jelas menunjukkan UMNO masih mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

“Malah ucapan Presiden UMNO di Johor dalam Perjumpaan Khas UMNO Johor hari ini yang menyatakan ICERD adalah Malayan Union 2.0 adalah tepat.

“Ini mesti disedari oleh orang Melayu dan kita mesti bangkit menentang ICERD,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Shamsul yang juga ahli Parlimen Lenggong turut mendakwa isu ICERD juga membuktikan kegagalan PPBM dalam mengekang tuntutan DAP yang dipercayai menjadi dalang di sebalik ICERD.

“Rakyat sedar bahawa selama 22 tahun Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, perkara ini tidak ditimbulkan, sedangkan sejak dahulu isi kandungan ICERD sebenarnya sama sahaja. Pada saya ini semua agenda DAP yang ingin menguasai sepenuhnya negara ini melalui ICERD.

“Maknanya BERSATU dengan jumlah kerusinya 14 sahaja gagal mengawal kehendak sekutunya terutama DAP.

“Jadi kalau mengatakan BERSATU mahu jadi parti pertahan Melayu sangat tidak tepat dan salah,” ujar beliau.

 

Wartawan Watan-Online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.