PUNGGUNG ISTERI MENGGERUTU JADI PUNCA PERCERAIAN – YEOH

 

Punggung isteri menggerutu, berebut siaran televisyen, isteri gemar basuh pakaian waktu malam dan suami tidak pandai melakukan seks antara alasan yang dilihat ‘remeh’ namun menjadi punca kepada perceraian pasangan suami isteri di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Hannah Yeoh mendedahkan perkara itu menjadi antara faktor-faktor lain penceraian ketika membentangkannya di Parlimen, pada Selasa.

Antara lain Yeoh memberitahu Dewan Rakyat perceraian juga berlaku disebabkan isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai, suami tidak suka isteri makan dalam kereta, gaji suami lebih rendah dan pasangan tidur berdengkur.

Beliau berkata demikian dengan memetik statistik dari Jabatan Syariah Selangor.

Turut menjadi punca perceraian termasuk isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu, suami mencurigai setiap tindakan isteri dan pasangan lupa mengepam tandas.

“Saya pun basuh baju malam-malam,” kata Yeoh secara spontan sebelum dicelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming:
“(Timbalan) menteri, jangan basuh baju malam-malam,”

“Apa nak buat, sidang parlimen selalu habis malam,” jawab Yeoh.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.