YANG DI-PERTUAN AGONG DAH KAHWIN?

 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V penuh ‘misteri’ dan banyak rahsia dalam kehidupan peribadinya.

Hari ini (Jumaat) baginda sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat jelata Malaysia apabila tersebar gambar baginda yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga.

Menimbulkan spekulasi dan tanda tanya mengenai kesahihan gambar yang tersebar kerana baginda ketika ini sedang bercuti kerana sakit.

Sebelum ini tersebar beberapa keping gambar yang mendakwa baginda di majlis angkat nikah bersama wanita pilihannya yang juga warga asing.

Namun, hari ini tersebar pula gambar baginda dikatakan sedang bersanding.

Sultan Muhammd V sejak dari dulu dihormati kerana seringkali berada bersama rakyat tanpa disedari dan tanpa pengawal keselamatan di Kelantan .

Pernah suatu ketika dahulu di Kelantan, sewaktu banjir besar di Kelantan seorang penduduk di Kelantan melihat agong turut sama turun membantu mangsa banjir bersama orang ramai namun orang ramai tidak perasan bahawa lelaki yang bersama menolong mangsa banjir tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong yang kini.

Baru baru ini viral pula seorang gadis yang dikatakan bakal menjadi permaisuri agong yang berasal dari Russia .

Namun sehingga kini tidak dapat dijelaskan kesahihan gambar tersebut meskipun pelbagai cerita dan gambar mengenai gadis tersebut tersebar di media sosial namun tiada apa apa maklumat yang sahih didapati.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak istana.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.