RUSUHAN KUIL: EMPAT MENGAKU TIDAK BERSALAH

Seramai empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Selangor, minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada selasa atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.

Empat tertuduh itu adalah Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, 26; Irwan Nordin, 38; Mohd. Khairi Abd. Rashid, 24 dan Rozaihan Jamaludin, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kuil berkenaan, di USJ 25, Seafield, di sini antara pukul 2 pagi dan 5 pagi, 26 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

17 Januari 2019 untuk sebutan semula kes.

Difahamkan seorang lagi individu yang sepatutnya dituduh mengikut seksyen sama kini berada di hospital.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.