AMBIGA PUJI PERHIMPUNAN ICERD LANCAR

Aktivis pro-Pakatan Harapan (PH), Ambiga Sreenevasan kagum dengan perhimpunan anti ICERD yang disertai ratusan ribu peserta, namun, berlangsung secara aman tanpa sebarang insiden kekacauan.

Bekas Pengerusi BERSIH itu memuji penganjur perhimpunan itu dan pasukan polis kerana berjaya mengawal keadaan hari ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada penganjur dan polis kerana perhimpunan berlangsung aman. Selamat datang ke Malaysia Baru,” katanya di Twitternya, pada Sabtu.

Terdahulu ratusan ribu membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur hari ini bagi “meraikan” langkah kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pemimpin UMNO dan PAS menganggarkan 500,000 menyertai perhimpunan rasaksa tersebut yang pertama kali dianjurkan selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.