MAHATHIR TIDAK HADIR PROGRAM SUHAKAM

“Saya membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD, Suhakam pula mahu ICERD, jadi bagaimana saya mahu pergi?” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Menara Yayasan Selangor, di Petaling Jaya, Sabtu.

Beliau berkata, sesuatu yang agak mustahil untuk beliau menghadiri himpunan yang bakal dianjurkan di Padang Timur, Petaling Jaya, kerana keputusannya pada 23 November lalu bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden DAP, Gobind Singh Deo.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.