DEWAN KECOH, WAKIL RAKYAT BN KENA HALAU

Dewan Rakyat kecoh lagi hari ini apabila Ahli Parlimen BN keluar beramai-ramai daripada persidangan hari ini bagi membantah keputusan Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang gagal bertindak secara profesional.

Ia bermula apabila wakil BN, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengemukakan usul memaksa RSN Rayer (PH- Jelutong) meminta maaf kerana menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof membuat keputusan untuk menghalang DatukC Sivaraajh (BN-Cameron Highlands) daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat sejak 5 Disember lalu.

Cadangan itu mengakibatkan beberapa wakil rakyat PH “melompat” mempertahankan Ahli Parlimen Jelutong itu.

Perkara itu membuatkan Parlimen kecoh sehingga memaksa Mohd Rashid menghalau dua wakil rakyat pembangkang iaitu Bung dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang dihalang masuk ke Dewan Rakyat selama satu hari.

“Saya lihat Pasir Salak dan Kinabatangan terus menganggu, saya minta bentara halau mereka keluar,” kata Rashid.

“Tak payah halau kami. Kami akan keluar sendiri, Dewan ini tidak adil (kepada kami),” jawab Ahli Parlimen BN.

Kemudiannya, Chan Ming Kai (Harapan-Alor Setar) memohon dewan untuk bertindak terhadap mereka yang mengganggu beliau daripadĀ  membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan 2018.

Tajuddin dan Ahli Parlimen BN yang lain terus bertegas Rashid telah meluluskan usul mereka walaupun dewan sebenarnya mengabaikan mereka.

“Ini adalah perkara maruah dan prinsip,” kata Tajuddin.

Wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak mula bertelagah, dengan sebahagian Ahli Parlimen menjerit dan mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ dan ‘kurang ajar’.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.