ISU GAJI: KAFA MASIH BINCANG DENGAN PIYA

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih mengadakan perbincangan dengan pemain tengah, Badhri Radzi bagi menyelesaikan kemelut gaji yang tertunggak bersama pasukan negeri itu musim ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, mereka kini berusaha mencari satu jalan penyelesaian namun usaha itu seolah-olah dihalang pemain yang senang disapa Piya itu.

“Setakat ini kami masih berbincang dengan Badhri untuk mengambil pendekatan bagi menyelesaikan masalah namun dia sendiri melanggar perjanjian dengan persatuan sebagai pemain.

“Antara perjanjian yang dilanggar adalah membuat kenyataan media… dia sepatutnya tahu tanggungjawab seorang pemain yang masih mempunyai kontrak.

“Apa-apa masalah boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan tak perlu membuat kenyataan media kerana KAFA dengan dia masih lagi berunding,” katanya ketika Bhonline.

Terdahulu, Badhri yang juga antara bekas perancang tengah Kelantan sekali lagi tampil menuntut bayaran gaji tertunggak sejak April lalu dari persatuan bola sepak negeri itu.

Bibi berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan kepada umum mengenai permasalahan yang berlaku mencetus pandangan buruk terhadap persatuan itu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.