ISYTIHAR HARTA: SAYA “ORANG MISKIN”

 

Enggan mengisytiharkan hartanya,Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi mendakwa beliau sebagai “orang msikin” dan tidak layak berbuat demikian.

Malah beliau mendakwa tidak memiliki rumah atau kenderaan untuk dimasukkan dalam pengisytiharan harta seperti dilakukan kebanyakan anggota kabinet.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diisytiharkan. Orang miskin mana ada harta,” katanya kepada media di parlimen pada Isnin.

Semalam media melaporkan ada 13 ahli parlimen belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara mereka yang belum berbuat demikian ialah, Presiden PKR Datui Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Semakan itu dibuat berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/) sehingga jam 5 petang semalam.

Sementara itu, Mohamddin yang juga Ahli Parlimen Silam itu tidak menolak kemungkinan pada masa depan beliau akan membuat pengisytiharan berkenaan.

“Jika pada masa akan datang saya ada (akan isytihar), tapi buat masa sekarang saya tidak ada,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.