NAJIB DITAHAN DAN DIBEBASKAN


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 10.51 pagi Isnin kemudian dibebaskan pada pukul 1.20 petang dengan jaminan SPRM.

Menurut sumber,  Najib ditahan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber memberitahu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda dijangka hadir memberikan keterangan ke SPRM esok.

Pada 6 Disember lalu, Najib telah memberikan keterangan selama empat jam membabitkan kes berkenaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut dirakam keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB itu.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suruhanjaya itu juga telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Perkara itu susulan pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad pada 25 November lalu yang dilaporkan mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan Najib.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.