INGATKAN KERETA BUKAN HARTA – MENTERI

Selepas ‘kantoi’ memiliki dua buah kereta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy mendakwa dia sudah membuat pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan lalu.

Jelas beliau berlaku sedikit salah faham apabila beranggapan bahawa kereta tidak perlu diisytiharkan dalam kolum harta.

Bagaimanapun kata Waythamoorthy pada paparan laman sesawang SPRM kolum harta untuknya dibiarkan kosong.

Waythamoorthy berkata pegawainya sudah meminta penjelasan daripada SPRM mengenai ruangan harta pada namanya yang dibiarkan kosong itu.

“Saya dimaklumkan bahawa SPRM tidak menganggap kereta sebagai aset, justeru ruang tersebut dibiarkan kosong,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Semalam Waythamoorthy berkata beliau tidak mempunyai sebarang harta untuk diisytihar kepada SPRM.

Waythamoorthy yang merupakan pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu berkata, beliau menghabiskan wangnya sebelum ini untuk memperjuangkan masyarakat India.

Susulan kenyataan beliau itu tersebar beberapa keping gambar kereta yang dikatakan miliknya di laman sosial sehingga tular.

Kenyataan Waythamoorthy itu juga turut mendapatkan kecaman netizen.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.