ISU TH: BN KEJAM BAYAR DIVIDEN LEBIH – NAJIB

Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membayar dividen yang tinggi bagi empat tahun berturut-turut kepada pencarum bermula tahun 2014 hingga 2017 dianggap suatu yang kejam.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami defisit sebanyaK RM4.1 bilion, telah membuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil memberi tunjuk ajar pada menteri Pakatan Harapan (PH) itu.

Najib menyifatkan kenyataan Mujahid itu suatu cubaan untuk menutup kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengumumkan dividen yang tinggi kepada pencarum TH akibat penurunan nilai-nilai saham selepas PH mengambilalih kerajaan.

Mujahid juga, kata Najib cuba untuk mendakwa kononnya kerajaan BN mencuri duit TH.

Berikut kenyataan penuh Najib yang disiarkan di Facebooknya:

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Tabung Haji (TH) telah membuat kesalahan yang kejam iaitu terlebih membayar dividen kepada pencarum selama empat tahun berturut-turut, iaitu dari 2014 hingga 2017.

Dakwa mereka, akibat membayar dividen berjumlah RM12.652 bilion kepada pencarum untuk empat tahun ini, TH sudah kekurangan RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017.

Tiada dakwaan wang TH sudah dirompak ataupun diselewengkan tetapi TH di bawah kerajaan BN telah melakukan tindakan yang kejam iaitu terlebih bayar dividen kepada pencarum selama 4 tahun berturut-turut.

Saya amat hairan mengapa audit luar dan audit kerajaan tidak pernah menimbulkan isu ini untuk empat tahun berturut-turut itu.

Seperti yang saya beritahu minggu lepas, masalah utama TH ialah penurunan teruk nilai pelaburan mereka untuk tahun ini akibat kejatuhan Bursa Malaysia selepas PRU ke-14.

Oleh itu, dividen TH untuk tahun ini akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas dan cara paling sesuai untuk kerajaan sekarang ialah menyalahkan kerajaan terdahulu.

Mereka yang fasih tentang audit dan penilaian aset sudah tentu memahami ini bukanlah langkah yang baik. Amat mudah untuk sesuatu aset dinilai rendah apatah lagi ketika pengurusan baru TH bersetuju dengannya.

Bukan sukar untuk menilai sesuatu aset lima peratus lebih rendah ketika proses audit.

Aset TH hari ini ialah RM73 bilion maka jika dinilai lima peratus lebih rendah sudah RM4 bilion.

Saya tidak terharu dengan pengumuman kerajaan PH bahawa cara penyelesaian utama untuk TH mengatasi defisit yang mereka umum hari ini ialah untuk menjual aset.

Ya, jual aset sekali lagi.

Kerajaan PH umumkan bahawa aset TH akan dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) pada nilai semasa, iaitu nilai yang sudah rendah selepas kejatuhan teruk Bursa Malaysia. Ini termasuk 150 hartanah milik TH di seluruh dunia.

Secara tipikalnya, apabila SPV ambil alih aset-aset itu, mereka bebas untuk mencairkan atau menjual aset berkenaan.

Saya harap akan ada pemantauan dibuat agar penjualan aset sedemikian dibuat dengan betul dan tiada mana-mana pihak tertentu mendapat manfaat daripadanya ekoran hubungan politik.

Ia pasti akan mencetus pertikaian sebagaimana yang berlaku apabila Danaharta dan Danamodal ditubuhkan dahulu.

Biarpun jika ada terlebih penilaian terhadap aset TH dan wujud kekurangan, tiada keperluan mendesak untuk SPV mengambil alih aset TH kerana kerajaan menjamin wang pendeposit.

Aset-aset ini boleh ditinggalkan di TH sahaja untuk menunggu nilai aset pulih.

Satu lagi cara mudah untuk kerajaan ialah menyuntik aset sama ada melalui tunai atau bukan tunai yang sama nilai dengan kekurang bban yang didakwa itu.

Dan apabila nilai aset itu pulih, TH boleh membayar semula kepada kerajaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.