WAKIL RAKYAT UMNO SERTAI PH KERANA KEWANGAN- ANNUAR

UMNO tidak menolak kemungkinan ada wakil rakyat parti itu di Sabah akan bertindak keluar parti dan menyertai PH kerana masalah kewangan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa wakil rakyat yang berbuat demikian kerana kekangan dana untuk peruntukan di kawasan mereka.

Annuar berkata, UMNO menyerahkan kepada wakil rakyat berkenaan untuk membuat keputusan memandangkan dana parti itu kini dibekukan pemerintah.

“Rumusan saya buat politik di Sabah agak unik dan agak tersendiri apa yang saya selami mereka mahu bersama dengan yang berkuasa kerana pelbagai perkara termasuk peruntukan dan kewangan.

“Dan kita UMNO terpaksa berterus terang kalau bercakap soal wang kita tidak ada wang. Malah semua akaun kita dibekukan.

“Jadi apa pun perkara berkaitan soal wang kita tidak dapat berbuat banyak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Semalam sebuah portal berita melaporkan segerombolan wakil rakyat UMNO di Sabah akan bertindak meninggalkan parti itu dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman antara wakil rakyat UMNO terbaru yang mengumumkan keputusannya keluar parti itu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.