AMBANG TAHUN BARU BERSAMA JAZZ AMPANG

Jazz Ampang 103 menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut bersama-sama meraikan tahun baru sambil menikmati alunan muzik jazz yang mempesonakan.

Pengerusi Eksekutif World Youth Jazz Festival, Nik A. Azmi berkata festival tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman dalam sebuah festival jazz yang sebenar sementara menanti debaran menyambut tahun baru 2019.

“Kami menampilkan persembahan daripada lapan buah kumpulan Jazz dari Malaysia dan Indonesia.

“Antaranya termasuk Funkulture, Kontra Lokal, Autonomy 2, Muniros, Last Pharaoh dan Fenny & Rina,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Acara Jazz Ampang di malam tahun baru akan diadakan pada 30 Disember bermula jam 8 malam bertempat di Persiaran Desa Ampang 4, Taman Sri Ampang, Selangor.

Hubungi talian 018 777 4033 atau layari https://www.facebook.com/nik.a.azmi untuk maklumat lanjut.

Masuk adalah percuma.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.