UMNO SEDIA HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO akan terus mempertahankan ahli-ahli Parlimen yang sedia ada dan sedia menghadapi segala kemungkinan bersama-sama.

Beliau turut berharap bahawa pimpinan UMNO Sabah yang bertindak keluar parti akan mengikuti perkembangan perubahan di peringkat nasional sekiranya berlaku kelak.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu sidang media di Menara Dato’ Onn pada Rabu ketika ditanya mengenai kemungkinan lebih ramai ahli Parlimen bertindak keluar parti sejurus selepas lima anggota Parlimen UMNO Sabah beserta Pengerusi dan pimpinan ketua bahagian mengumumkan keluar daripada parti itu.

Wartawan/Videographer: Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.