BELI HOTEL, ISA SAMAD DIDAKWA ESOK

Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada esok berhubung kes salah guna kuasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan telah mengesahkan mendapat keizinan Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Isa Samad yang juga bekas ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah syarikat Felda Investment Corporation Sendirian Berhad berhubung kes pembelian hotel oleh syarikat tersebut.

“Mohd Isa (Samad) hari ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 10.48 pagi bagi menandatangani notis aku janji untuk hadir ke mahkamah.

“Beliau akan dituduh pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembelian hotel oleh FIC,” ujar SPRM dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan FIC dipercayai membeli hotel di Kensington, London dan di Kucing, Sarawak pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal sehingga mengakibatkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada 30 Ogos lalu turut dilaporkan berkata pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap Isa Samad membabitkan kes tersebut.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.