KOSONGKAN KERUSI, ADAKAN PRK

Jangan ditangisi pada mereka yang meninggalkan parti keramat UMNO kerana mereka itu tidak benar-benar menjiwai kekeramatan parti Melayu itu. Mereka mempunyai agenda peribadi yang disembunyikan .

Biar pun ada yang cuba mempertahankan dengan alasan demi rakyat, demi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh rakyat . Itu adalah alasan semata-mata kerana belum lagi terdengar di telinga Tebuan bahawa ahli-ahli UMNO di kawasan ahli parlimen berkenaan lompat parti beramai-ramai bersama ahli parlimennya.

Jadi Tebuan perhatikan mereka yang keluar parti itu hanya individu yang ada kepentingan sahaja atau ada masalah. Tapi Tebuan rasalah bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling ‘teruk’ di seksa namun tak pula keluar UMNO.

Tebuan bertanya-tanya rakan serta sahabat handai yang memerhati perkembangan terkini dalam UMNO, mereka kata ahli-ahli parlimen dan DUN yang keluar parti mesti berani berdepan dengan pengundinya semula. Mereka sepatutnya kosongkan kerusi dan bertanding semula dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

Mereka sepatutnya berani. Jangan jadi pemimpin yang bacul kerana UMNO tidak melahirkan pemimpin yang lemah jiwa raga dan berani bercakap sahaja. Mereka kena buktikan.

Tebuan harap juga pengundi-pengundi akan tampil membuat memorandum menekan wakil rakyat mereka yang dipilih kerana UMNO mengosongkan kerusi dan adakan PRK. Rakyat ada kuasa untuk memberi tekanan itu.

TEBUAN : Peluang generasi muda dalam UMNO bangkit bersuara dan ambil alih kepimpinan parti keramat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.