AL-FATIHAH…MUHAMMAD ADIB SUDAH TIADA

Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia hari ini.

Muhammad Adib 24, dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tiga minggu lalu selepas cedera parah dipukul perusuh semasa insiden kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 26 November lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan pemergian allahyarham Muhammad Adib pada jam 9.41 malam tadi.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.