NURUL IZZAH LEPAS JAWATAN DALAM PARTI, KERAJAAN

Ketika PH “dihangatkan” dengan penghijrahan beramai-ramai dengan wakil rakyat UMNO, PKR pula dikejutkan dengan keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR.

Selain itu Nurul Izzah juga turut mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Anak kepada presiden PKR keputusan melepaskan jawatan kanan dalam parti itu bukanlah sesuatu yang mudah.

“Satu-satunya kekesalan saya ialah, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.

“Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah bagaimanapun mengekalkan keanggotaan parti serta menjadi penyokong kerajaan di parlimen.

Dalam kenyataan sama Nurul Izzah berkata beliau juga tidak lagi akan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti.

Untuk rekod Nurul Izzah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Kata Nurul Izzah, 38, kepemimpinan PKR sudah dimaklumkan mengenai keputusannya itu.

“Tugas saya sebagai ahli parlimen untuk rakyat Permatang Pauh akan diteruskan sehingga tamat penggal.

“Saya juga tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti. Mengenai kedudukan saya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang, ia terserah kepada pimpinan parti,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.