PKR NAFI TERIMA NOTIS ROS

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan parti pemerintah, PKR ada menerima sebarang notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan penggantungan parti.

Beliau mengakui tidak mendapat makluman mengenai isu tersebut yang didakwa susulan wujud penipuan dalam pemilihan baru-baru ini.

“Saya tidak baca lagi artikel berhubung perkara itu tetapi apa-apa pun, sebarang aduan harus dibuat mengikut prosedur dan saluran yang betul termasuk dari segi proses.

“Jika ada sebarang isu berhubung perkara itu (dakwaan parti akan digantung), Setiausaha Agung parti (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) yang akan menjawabnya.

“Setakat ini saya belum dapat maklumat,” katanya lapor media dalam satu sidang media selepas Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Majlis Pelancaran Program Restart (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) di Putrajaya pada Khamis.

Media terdahulu melaporkan Azman Noor Adam yang merupakan adik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi akaun Facebook beliau mendakwa ROS bakal menggantung PKR kerana pemilihan parti itu penuh dengan kekecohan dan penipuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.