RAKYAT TANGGUNG RM900 JUTA SETAHUN

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulas mengenai tindakan kerajaan menaikkan margin keuntungan stesen minyak dengan memperkenalkan semula sistem apungan mingguan bermula semalam.

Beliau berkata margin keuntungan sebanyak 3 sen telah ditambah ke dalam harga terbaharu petrol RON 95 yang diumumkan semalam.

“Bermula hari ini, kerajaan PH menaikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23 peratus bagi RON95 iaitu dari RM12.19 sen kepada 15 sen satu liter.

“Margin keuntungan untuk diesel juga dinaikkan 43 peratus iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.

“Ekoran kenaikan margin keuntungan ini yang ditokok ke atas harga runcit minyak, rakyat Malaysia bakal menanggung kos tambahan sebanyak 900 juta (31 bilion liter kali 3 sen) setahun,” jelas beliau melalui kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga ahli Parlimen UMNO Pekan berkata RM900 juta tersebut akan ditanggung sama ada oleh rakyat ataupun kerajaan melalui harga petrol runcit yang lebih mahal.

Dalam keadaan yang lebih teruk, Najib berkata pihak kerajaan akan menanggung sepenuhnya bebanan tersebut melalui subsidi.

“Jumlah subsidi RM900 juta satu tahun untuk stesen-stesen minyak ini jauh lebih tinggi berbanding jumlah dibayar oleh kerajaan PH untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil, bantuan awal persekolahan dan bantuan kewangan khas kepada FELDA yang diumum bulan lepas.

“Adakah kerajaan sedar mengenai kemungkinan ini?,” soal Najib.

Pada Disember lalu, kerajaan Pakatan mengumumkan pemberian bantuan kepada musim tengkujuh untuk pekebun kecil iaitu sebanyak RM 165 juta, bantuan awal p ersekolahan sebanyak RM328 juta dan bantuan kewangan khas Felda sebanyak Rm 77 juta.

Dalam kenyataan sama, Najib yang juga bekas presiden UMNO berkata kerajaan sepatutnya mengusahakan pendekatan lain sebelum mengambil jalan mudah yang berisiko tinggi untuk merugikan semua pihak.

“Adakah kerajaan pernah mempertimbang cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak menangani kos operasi seperti dengan memberi pinjaman mudah untuk mempelbagaikan jenis perkhidmatan di stesen.

“Ataupun dengan membantu pengusaha berunding dengan syarikat minyak supaya mereka tidak mengalami kerugian lebih besar.

“Mungkin kerajaan PH boleh membayar ganti rugi kepada stesen minyak yang mengalami kerugian Rm30 ke 40 juta setahun memandangkan kerajaan PH telah mengutip berates juta ringgit sebagai cukai hasil minyak tersembunyi bulan lepas?,” sindir Najib.

Oleh Syakirin Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.