DR. AZIZI NAIB CANSELOR UKM BAHARU

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr Noor Azizi Ismail, 50, hari ini dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang baharu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media berkata pelantikan Noor Azizi sebagai Naib Canselor UMK adalah selama empat tahun sehingga 2022.

“Pelantikan Noor Azizi adalah berdasarkan kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian ketika memegang jawatan pentadbiran utama di pelbagai peringkat.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya pada Sabtu.

Dr. Noor Azizi dilantik menggantikan Prof. Datuk Dr. Husaini Omar yang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor berakhir esok.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.