NAJIB BANGGA PH IKTIRAF LEGASINYA

Datuk Seri Najib Razak bangga apabila legasinya bagi mengindahkan ibu negara Kuala Lumpur melalui Projek River of Life (ROL) dikekalkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ROL adalah cetusan idea sewaktu pentadbirannya yang menjadi tarikan baru pelancong yang berkunjung ke Kuala Lumpur selain merancakkan lagi ekonomi.

“Bila projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2020  kalau tidak dibatalkan, ia akan jadi projek kebangaan rakyat Malaysia, saya difahamkan kerajaan akan diteruskan projek ini.

“Cita-cita saya nak lihat bandar Kuala Lumpur ini termasuk dalam 20 bandaraya ‘Liveable City’.

“Dulu kualiti air berada diperingkat 4 tidak boleh disentuh, apabila ia siap sepenuhnya ia sesuai untuk rekreasi dan airnya boleh disentuh, jadi ia boleh jadi lambang legasi yang boleh saya tinggalkan untuk negara Malaysia tercinta,” katanya ketika berucap sempena lawatan beliau meninjau perjalanan projek itu di Medan Pasar, di ibu negara petang Ahad.

Kerajaan BN melancarkan projek (ROL) bernilai RM4.4 bilion itu  pada 2011 untuk mengubah kualiti air sungai utama di Lembah Klang daripada tahap tidak selamat kepada tahap selamat untuk kegunaan rekreasi.

ROL adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, bertujuan menghidupkan semula Sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan ‘waterfront’ berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.