RUGI JUAL ASET-NAJIB

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, tindakan menjual aset negara kepada syarikat asing adalah tindakan yang merugikan, kata Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mencontohi usaha Yayasan Pahang dalam menambah aset dari semasa ke semasa.

“Hari ini yayasan Pahang telah menambah asetnya dari semasa ke semasa, menteri besar Pahang selepas saya mengambil langkah proaktif bagi menambah aset yayasan Pahang.

“Sebab itulah kami masih dapat membantu sumbangan pelajar-pelajar miskin sebagai contoh dan sebab itu Yayasan Pahang boleh mengeluarkan sumbangan sebesar RM1.2 bilion,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bantuan Khas Sekolah Rendah di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah anjuran Yayasan Pahang di Pekan Pahang pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata kerajaan tidak sepatutnya menjual aset IHH Healthcare demi keuntungan serta merta.

“Cuba bayangkan pengganti saya menagmbil sikap menjual aset-aset yayasan untuk mendapatkan keuntungan jangka masa pendek, kalau itu Yayasan Pahang akan punah sebagai badan yang ada kelansungan.

“Sebab itu kita telah bangunkan IHHsetapak demi setapak dan kita ada pelbagai hospital di peringkat antarabangsa tiba-tiba kita terlepas kepada badan asing dengan tidak semena-mena.

“Dalam contoh IHH ini, amat merugikan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.