YANG DI-PERTUAN AGONG LETAK JAWATAN

Sultan Muhammad V akhirnya menamatkan spekulasi mengenai kedudukkannya apabila sah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa, Ahad.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara.

Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

Baginda mencipta sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong paling singkat dan turun takhta dengan meletak jawatan.

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Kedah.

Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Dis lalu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.