JANGAN INGAT BILA JUMPA BINCANG POLITIK – AZMIN

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak spekulasi kononnya wujud komplot antara beliau dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendakwa beliau hanya terserempak dengan bekas naib presiden UMNO itu ketika bercuti di Maghribi.

“Saya tidak bercuti dengan Datuk Seri Hishammuddin, (hanya) terserempak dengan beliau di Morroco.

“Saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di Morocco, saya bertemu dengan pelajar Malaysia, pelancong, tak jadi isu pun,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis penyerahan kunci rumah kepada pemilik rumah Simfoni @ Eco Majestic di Semenyih, Selangor pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar keluarganya bersama-sama keluarga Hishammuddin yang telah diambil di negara itu baru-baru ini tular di media sosial.

Foto tersebut dimuat naik di Twitter oleh anak lelaki Azmin, Ameer tetapi kemudian diturunkan.

“Hubungan saya dengan Datuk Seri Hishammuddin telah mula puluhan tahun dulu.

“Ia bukan sesuatu yang baru. Kalau ingat, ketika saya pembangkang beberapa tahun lepas, Datuk Seri Hisham buat kahwin anak sulungnya, saya adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menghadiri majlis perkahwinan anak sulungnya di Shangri-La Hotel ketika itu.

“Kita kena more civilised (lebih bertamadun) lah. Jangan ingat bila jumpa tu mesti ada perbincangan piolitik, tak ada,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.