PEMILIHAN DYMM YDP AGONG YANG BARU

Dalam sejarah Malaysia, ini adalah kali pertama yang YDP Agong meletakkan jawatan. Oleh itu tidak ada “precedent” atau contoh sebelum ini untuk apa yang akan berlaku seterusnya.

Walaupun demikian, terdapat peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang boleh digunapakai bagi tujuan perlantikan DYMM YDP Agong ke-16 yang baru.

Mengikut Perkara 32 sehingga 43 Perlembagaan Persekutuan, apabila berlaku kekosongan jawatan YDP Agong, Timbalan YDP Agong tidak secara automatik dipilih menjadi YDP Agong.

Satu proses pengundian yang baru perlu dilaksanakan oleh Majlis Raja-raja Melayu untuk pemilihan dan perlantikan YDP Agong yang baru dalam tempoh 4 minggu selepas jawatan ini dikosongkan.

Dalam kes ini Majlis Raja-raja perlu memilih YDP Agong yang baru sebelum 3 Februari 2019.

Majlis Raja-raja akan memanggil mesyurat sebelum 3 Februari 2019 untuk proses pengundian oleh Raja-raja Melayu untuk memilih YDP Agong yang baru.

Senarai calon-calon untuk jawatan YDP Agong dan Timbalan YDP Agong yang baru akan dikeluarkan berdasarkan senarai kekananan terkini Raja-raja Melayu dalam Majlis Raja-raja seperti berikut:

1. DYMM Sultan Pahang

2. DYMM Sultan Terengganu

3. DYMM Raja Perlis

4. DYMM Sultan Selangor

5. DYMM YDP Besar Negeri Sembilan

6. DYMM Sultan Johor

7. DYMM Sultan Perak

8. DYMM Sultan Kedah

9. DYMM Sultan Kelantan

Raja-raja juga boleh memilih untuk tidak dicalonkan.

DYMM Sultan atau Raja sedia ada yang masih hidup tetapi belum menjadi YDP Agong mengikut senarai kekananan adalah seperti berikut:

1. DYMM Sultan Selangor

2. DYMM YDP Negeri Sembilan

3. DYMM Sultan Johor

4. DYMM Sultan Perak

5. DYMM Sultan Kedah

Pemilihan YDP Agong yang baru ini adalah penting untuk kelangsungan Institusi Beraja di Malaysia yang menjadi institusi terakhir semak-imbang Kerajaan dan kuasa Perdana Menteri.

Patik mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Muhammad V dan menjunjung setinggi kasih ke atas pemerintahan Baginda sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-15.

  • ISHAM JALIL  
  • Rakyat Marhean yang Taat kepada Raja
  • Presiden Sukarelawan Malaysia

6 Januari 2019   

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.