PENJAWAT AWAM TERJERUT KADAR SEWA MELAMPAU

Presiden Sukarelawan Malaysia, Dr. Isham Jalil mengkritik tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menaikkan kadar sewaan bagi kuarters penjawat awam Putrajaya sehingga dua kali ganda.

Menurutnya tindakan tersebut jelas melampau dan tidak menjaga kepentingan penjawat awam.

“Jika dahulu penjawat-penjawat awam di sini hanya membayar RM400-RM500 untuk sewaan pangsapuri gred rendah dan sederhana, kini mereka terpaksa membayar hampir dua kali ganda sehingga RM700 ke RM800 sebulan.

“Kepada ramai orang, kenaikan RM400-RM500 sebulan ini adalah satu jumlah yang amat besar lebih-lebih lagi kepada penjawat awam gred rendah dan sederhana,” jelas beliau.

Isham dalam kenyataan yang sama turut menafikan asalan kerajaan PH konon kenaikan bagi menampung kos selenggaraan.

Katanya kerajaan PH sepatutnya membantu menampung kos penyelenggaraan berikutan urusan pengurusan kuarters penjawat awam bukanlah satu perniagaan mementingkan untung rugi tetapi demi kemudahan rakyat.

“Untuk makluman pemimpin Kerajaan PH yang membuat keputusan ini, semasa Kerajaan BN dahulu sewaan kuarters adalah kekal rendah bukan kerana kos selenggaraan yang murah.

“Namun kos selenggaraan kuarters ini sedikit sebanyak dibantu dan ditanggung oleh Kerajaan BN untuk meringankan kos sara hidup penjawat-penjawat awam terutama di gred sederhana dan rendah di kawasan bandar seperti di Putrajaya dan di bandar-bandar lain.

“Pengurusan sewa kuarters penjawat awam ini pula bukanlah satu perniagaan mementingkan untung rugi seperti perniagaan hartanah swasta,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.