PRK CAMERON: SEMAK BORANG SEBELUM HARI PENAMAAN

Kesemua bakal calon yang berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands diingatkan untuk membuat semakan awal boranp encalonan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata semakan yang boleh dilakukan di Pejabat Pegawai Pengurus, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang itu perlu dipandang serius bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan.

“Ini dapat menjamin proses penamaan calon pada hari penamaan calon berjalan dengan lancar dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Ia juga akan memberi peluang kepada parti-parti politik yang calonnya didapati idak layak semasa semakan awal untuk membuat persiapan sewajarnya pada hari pencalonan,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Walaubagaimanapun, Azhar mengingatkan semakan awal bukanlah penanda bagi seseorang bakal calon diterima atau ditolak.

Beliau turut meningatkan bakal calon untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan mengambil bahan yang disediakan bagi memudahkan hari pencalonan pada di Pusat Penamaan Calon yang telah ditetapkan SPR pada 12 Januari ini.

“Selain daripada itu, bakal-bakal calon juga turut digesa untuk membuat pembayaran deposit (deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen) lebih awal.

“Bakal-bakal calon juga diminta untuk mengambil pas-pas calon, pencadang dan penyokong selepas bayaran deposit dibuat bagi tujuan untuk memudahkan memasuki Dewan Penamaan Calon.

“Ini adalah untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berjalan lancar pada Hari Penamaan Calon kelak,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.