PROJEK KERETA NASIONAL: BERAPA BANYAK WANG RAKYAT?

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipercayai menggunakan wang rakyat bagi menjayakan projek kereta nasional ketiga negara.

Khairy mempersoalkan mengenai pemgumuman Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang mengumumkan bantuan sebanyak RM20 juta bagi vendor membangunkan prototaip kereta nasional ketiga,

“Berapa banyak lagi duit rakyat akan digunakan untuk kereta nasional ketiga?

“Syarikat mana akan menerima duit (dana) tersebut?,” soal beliau dalam satu  kenyataan Facebook pada Selasa.

Mengulas lanjut, Khairy turut menggesa kerajaan untuk menunjukkan perancangan perniagaan projek cetusan idea perdana menteri yang didakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Ogos lalu sebagai tidak menggunakan wang rakyat ini kepada khalayak awam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen UMNO Rembau dalam kenyataan sama turut mempersoalkan mengenai projek gagal Harapan Coin yang gagal dibangunkan kerajaan

Beliau dengan sinis turut bertanya mengenai kebolehan kereta nasional ketiga untuk melakukan aksi “U-turn”.

“Apa jadi dengan pelaburam Rm1.6 trilion dari Qatar yang disebut Khalid Samad sebagai Harapan Coin?

“Adakah kereta nasional ketiga mempunyai kemampuan untuk melaksanakan “U-Turn” atau sekurang-kurangnya kona baring?,” soalnya.

Wartawan Watan-Online        

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.