WAN SAIFUL DIGUGUR SETIAUSAHA PPBM PERLIS

PPBM Perlis mengesahkan telah menggugurkan Wan Saiful Wan Jan daripada jawatan setiausaha parti negeri itu.

Pengerusinya, Ameir Hassan berkata keputusan itu diambil berikutan wujud masalah komunikasi dan mengambil kira tahap komitmen diberikan Wan Saiful terhadap PPBM Perlis.

Katanya keputusan itu turut mengambilkira tuanggungjawab berat yang perlu dipikul Wan Saiful sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Dia digugurkan kerana dia sibuk sangat dalam kemelut PTPTN. PTPTN tu berat dan banyak kerja dan kerja-kerja (parti) tak diselaraskan, kita tak mahu bebankan dia (Wan Saiful).

“Bila saya tengok ada permasalahan komunikasi dan sebagainya kerana dia terlalu sibuk dengan PTPTN, jadi biarlah dia selesaikan, tak adil bagi beban berlebihan,” katanya ketika dihubungi media pada Isnin.

Jelas Amier, keputusan tersebut diambil dalam satu mesyuarat PPBM negeri baru-baru ini.

“Kita juga tak maklumkan pada dia kerana kuasa melantik dulu pun adalah kuasa pengerusi negeri, jadi saya lantik dia (dulu) pun tak bincang dengan dia.

“Cuma bagitahu dia saja, nak lantik dia,” katanya sebelum turut memaklumkan surat pemberitahuan penguguran tersebut juga telah dihantar kepada Wan Saiful.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.