MALAYSIA ‘DITEKAN’ KUASA DUNIA

Pentadbiran Putrajaya kini berada dalam tekanan akibat beberapa keputusan yang dibuat bagi membatalkan projek mega yang dirancang pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut sumber, pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat tekanan daripada beberapa negara kuasa dunia termasuk China.

Malah Mahathir juga masih belum mendapat kepercayaan kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat.

Menurut sumber kerajaan, cadangan untuk menghentikan pembinaan ECRL memberi impak kepada ekonomi negara.

“Yang mana China mengurangkan pembelian kelapa sawit dari Malaysia mengakibatkan harga komiditi itu merudum dan memberi kesan kepada peneroka.

“Begitu juga dengan Eropah yang tidak membeli kelapa sawit dari negara kita, ditambah pula dengan menteri yang tiada pengalaman.

“China memberi tekanan yang hebat terhadap pentadbiran Putrajaya kini.

“Begitu juga Arab Saudi yang semakin menjarakkan hubungannya dengan Malaysia,” katanya kepada Watan-Online.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir sebelum ini membuat keputusan untuk mengkaji semula pembinaan ECRL yang dirancang pentadbiran sebelum ini bersama kerajaan China.

Ekoran itu kerajaan China bertindak balas dengan mengurangkan pembelian kelapa sawit dari negara ini.

Rentetan itu kerajaan PH dikatakan bersedia untuk mengkaji semula pembinaan ECRL yang dirancang kerajaan BN sebelum ini.

Katanya, jika kerajaan gagal bertindak secara efisien negara akan berdepan dengan kelembapan ekonomi yang berterusan.

Selain itu kontraktkor-kontraktor kecil juga bakal gulung tikar kerana tidak dapat mengharapkan projek daripada kerajaan lagi.

Wartawan Watan-Online

3 Responses to "MALAYSIA ‘DITEKAN’ KUASA DUNIA"

  1. Marzuki Mohd Nor   January 13, 2019 at 3:02 pm

    Mahathir sudah tua dan pemikirannya amat terhad. Pemimpin PH yang lebih muda pula keterlaluan bermain politik ala selebriti akibat kejutan budaya dan sudah terbiasa membangkang. Tiada seorang pun anggota kabinet PH yang tampil secara bijak. MP & Adunnya pula mungkin berasa tertekan, blank dsb sehingga ada antara mereka meninggal dunia, sakit dsb. Like netizen masih menjadi kayu ukur sokongan dan mereka sedang tertipu. Keutamaan sepatutnya difokuskan kepada rakyat dan negara. Mereka teruja untuk membuktikan pembaharuan yang ingin mereka bawa sedangkan pembaharuan itu tak pernah ada dalam kepala otak mereka. Akhirnya, hanya slogan Malaysia Baru sahaja yang dapat diucapkan; dan rakyat tahu bahawa itu tidak berlaku. Mahathir dan kerajaan PH alpa bahawa tiada yang lama maka tiadalah yang baru dan setiap satunya perlu ada kesinambungan. Sebenarnya, Mahathir hanya membawa era peralihan. Kesilapan demi kesilapan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan dilihat gagal.

    Reply
  2. Tok Perak   January 15, 2019 at 2:15 am

    MasyaAllah….mari kita semua dekatkan diri dengan Allah S.W.T mohon padanya…ya Allah kurniaankan pertolonganmu ya Allah kepada Kami

    Reply
  3. Ramli   January 15, 2019 at 6:32 pm

    Dahlh tunn..berhenti aje lah..nnti lg lm lg busok nama tun..najib pun tun dh brjaya tumbngkn..sekarang tun pi berehat di mekah tmbh2 kn bekalan kesana..lupakn la hal dunia ni…biarla org lain plk yg pikir nk buat cmna..masa dh suntuk utk tun…kami syg tun…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.