SIAPA VENDOR KERETA NASIONAL KETIGA?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menjelaskan terperinci kepada rakyat mengenai pihak yang akan mendapat peruntukan RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.

Ketua Pemuda IKATAN, Shahir Adnan berkata tindakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang meluluskan peruntukan tersebut perlu diketahui oleh rakyat kerana dana tersebut jelas menggunakan wang rakyat.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia beranggapan bahawa menteri sebenarnya akur kepada citarasa Perdana Menteri yang ingin melihat projek kereta nasional ketiga dilaksanakan walaupun itu bukan citarasa rakyat Malaysia.

“Persoalannya sekarang, pihak manakah yang akan diberikan geran RM 20 juta ini? Jika vendor luar ingin melaksanakan projek ini, apakah ini dilihat seperti menjual asset Malaysia, seperti yang dicanang oleh Tun Mahathir sendiri sebelum PRU-14 sewaktu Proton bekerjasama dengan Geely, China?,” soal beliau melalui kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Shahir yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera berkata realitinya dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, rakyat lebih memerlukan bantuan sara hidup berbanding kenderaan nasional ketiga.

Katanya peruntukan wang rakyat yang bakal diberikan kepada vendor yang berminat untuk membangunkan kereta nasional itu sepatutmya digunakan untuk membantu meringankan bebanan rakyat negara ini.

“RM20 juta sebenarnya boleh digunakan untuk Bantuan Sara Hidup RM 1,200 kepada hampir 17,000 rakyat Malaysia. RM20 juta ini juga boleh digunakan sebagai bantuan baucar buku RM 100 kepada 200 ribu anak-anak kita yang bersekolah.

“…Dewan Pemuda memandang serius bahawa subsidi petani, pekebun kecil dan nelayan dikurangkan atau dihapuskan dalam Belanjawan 2019.

“RM20 juta ini boleh disalurkan kepada 40,000 petani, pekebun kecil dan nelayan, jika diberi bantuan RM 500 seorang,” jelas beliau.


Wartawam Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.