PRK LAGI DI SELANGOR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PPBM Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor dimaklumkan telah meninggal dunia pada 4.45 pagi tadi di Hospital Kajang akibat serangan jantung.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Bakhtiar bin Mohd Nor atas pemergian ini.

“Allahyarham adalah seorang wakil rakyat yang prihatin dan juga giat dalam memperjuangkan nasib penduduk kawasan Semenyih

“Sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hulu Langat, Allahyarham juga memainkan peranan penting dalam Pakatan Harapan Selangor,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), Allahyarham Tuan Bakhtiar yang bertanding untuk pertama kali berjaya menewaskan penyandang kerusi DUN Semenyih selepas memperoleh 23,428 undi berbanding Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN yang memperolehi 14, 464 undi.

Dua calon lain, Mad Shamour Mad Kosim dari PAS dan calon PSM, S Arutchelvan masing-masing memperoleh 6,966 dan i 1,293 undi.

Pemergian Bakhtiar dijangka akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) kelima sepanjang tempoh pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selepas PRK (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Parlimen Port Dickson.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.