ISHAM INGATKAN KAYVEAS, HATI-HATI DENGAN PH

Presiden Sukarelawan Malaysia, Dr. Isham Jalil mengingatkan Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas supaya tidak terperangkap dengan taktik kotor Pakatan Harapan (PH) yang terdesak untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Beliau berkata nasihat tersebut ditujukan kepada Kayveas sebagai sahabat yang sama mengenali dan mengetahui helah kotor PH.

…”Besar kemungkinan mereka (PH) akan berunding dengan calon MyPPP yang belum lagi membuat keputusan seratus peratus untuk bertanding iaitu Tan Sri M. Kayveas supaya beliau menarik diri daripada bertanding.

“Dengan ini, DAP akan cuba membolot undi kaum India di situ dan bukan Bumiputera untuk menang,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Isham berkata selain melakukan rundingan, PH telah mula memulakan perang saraf dengan taktik kotor apabila berkempen dengan menyebarkan kebencian sesama kaum di Cameron Highlands.

“Semalam calon DAP, Manogaran telah mula menyebarkan hasutan untuk memutikkan kebencian di antara orang Asli dan Melayu dengan berkata konon orang Melayu tidak beli kuih orang Asli.

“Kenyataan dan taktik ini sangatlah terdesak, taktik biasa DAP dan PH setiap kali pilihan raya iaitu menyemai kebencian dan perpecahan untuk menang seperti sebelum ini.

“Namun selepas menang pilihan raya, mereka akan lari daripada melaksanakan kerja atau culas berkhidmat kepada rakyat di situ,” katanya yang turut menggesa Barisan Nasional tidak alpa walaupun mempunyai calon terbaik untuk memenangi PRK Cameron Highland.                                                                                                  

Wartawan Watan-Online       

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.