PPBM PUSAT AMBIL ALIH KEPIMPINAN PERLIS

Akibat konflik dalaman, ibu pejabat PPBM pusat akan mengambil alih kepemimpinan parti itu di negeri Perlis.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya, berkata ibupejabat turut akan memastikan tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan ahli dengan mengaitkan PPBM sehingga kemelut di Perlis selesai.

“Semua urusan pentadbiran akan diambil alih ibu pejabat di bawah pengelolaan saya sebagai Setiausaha Agung dan pada hujung bulan ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan semua barisan kepemimpinan Perlis untuk mencari jalan penyelesaian.

“Kita tidak akan mengumumkan sesiapa pun sebagai pengerusi negeri sehinggalah kita menyelesaikan kemelut ini,” katanya lapor NSTP ketika ditemui di  Putrajaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata keputusan pimpinan pusat itu dibuat dalam mesyuarat bersama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Fasal 14, Perlembagaan parti.

Konflik PPBM Perlis bermula apabila Setiausaha parti di negeri itu, Wan Saiful Wan Jan digugurkan daripada jawatannya dengan alasan kesihatan dan komitmen lain.

Walaubagaimanapun Wan Saiful kemudiannya mendakwa pengguguran itu dibuat berikutan beliau enggan terlibat dengan salah guna kuasa selepas ditawarkan wang bagi menga¬turkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat melibatkan anak pemimpin BBPM Perlis.

Beliau turut membuat laporan polis mengenai pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat PPBM Perlis. 

Wartawan Watan-Online        

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.