PRK CAMERON: KERAJAAN NEGERI TAK BERI HABUAN

Kerajaan Negeri Pahang menegaskan tidak memperuntukkan sebarang hadiah atau pengumuman bagi memancing undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten berkhidmat kepada rakyat termasuk di kawasan Parlimen di luar Cameron Highlands.

“Dari dulu lagi kita konsisten memberi perkhidmatan, setiap masa, setiap ketika selepas PRK.

“Kita akan bantu masyarakat dan itu memang hasrat kita bukan sahaja di Parlimen Cameron Highlands tapi di Parlimen lain juga,” katanya seperti lapor media selepas pengumuman calon BN di Kuala Lumpur pada Khamis.

BN dalam sidang media tersebut telah menamakan bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor bertanding di kerusi Cameron Highlands.

Pada PRU-14, Datuk C Sivarraajh dari MIC (BN) memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands menewaskan Manogaran dari DAP dan tiga calon lain.

Walaubagaimanapun pada 4 Jun lalu, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan keputusan PRU-14 pada 9 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mahkamah Pilihan Raya kemudiannya mengisytiharkan keputusan pilihan raya berkenaan terbatal.  

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.