NAJIB CARI KAUNTER ‘CLAIM PETROL’

Semakin hari sedikit demi sedikit kontroversi dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat seolah-olah memberi ‘bola tanggung’ kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Terbaharu, Najib memuat naik status ringkas beserta gambarnya menunggang motorsikal di laman sosial facebook miliknya yang turut disukai lebih 22,000 pengguna.

“Kaunter claim (tuntut) duit minyak Pakatan Harapan kat mana?”, tulisnya ringkas.

Ternyata status seringkas itu memberi maksud yang tersirat dan mendalam sekaligus secara tidak langsung sebagai ‘smash’ kepada isu terbaru yang berlaku di Cameron Highland.

Pastinya, Najib menulis demikian berkaitan dakwaan berlakunya amalan politik wang di PRK Cameron Highlands selepas tersebar gambar seorang ahli PH mengagihkan wang kepada beberapa lelaki.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.