NASIB SUKUMARAN DAPAT PERHATIAN NAJIB


Penderitaan dan keperitan hidup seorang bapa yang mencari rezeki dengan mencuci kereta tanpa menetapkan bayaran demi menjamin kejayaan anaknya mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang hadir menaiki motorsikal diiringi Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari serta beberapa ahli UMNO disambut tuan rumah Sukumaran, 40 bersama isteri dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Sukumaran yang tular di media sosial telah mendapat beberapa kunjungan pihak media dan telah mula menerima bantuan kewangan dari orang ramai yang prihatin dengan nasib beliau.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan terus ke akaun peribadinya, Bank Simpanan Nasional (BSN) 1000 2410 0006 1565 di atas nama Sukumaran Sanmugam.

Berikut luahan Datuk Seri Najib Razak berkenaan keluarga ini..

Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kisah sedih saudara S. Sukumaran.

Ingin bawa perhatian kepada keadaan beliau dan semoga siapa yang mampu, dapatlah membantunya.

Saudara Sukumaran ini mempunyai keupayaan terhad akibat kemalangan dan kini mencari nafkah dengan mencuci kereta di kawasan parkir di Seksyen 9, Shah Alam.

Tidak ada harga yang ditetapkan untuk perkhidmatannya, bayaran terpulang kepada pelanggan nak bagi berapa.

Dulu dia bekerja sebagai pegawai keselamatan tetapi kontraknya ditamatkan.

Sebak saya mendengar kisahnya yang pernah tidur selama sebulan di perhentian bas sebab tidak cukup duit untuk sewa rumah.

Saya difahamkan dia semakin tertekan dengan kos sara hidup tinggi dan kekurangan peluang perniagaan.

Akibat kesempitan hidup, anaknya tidak cukup wang untuk persekolahan.

Saya kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak dapat mengerahkan agensi Kerajaan membantu beliau seperti dulu.

Namun saya masih MP dan dapat gaji sedikit dari Parlimen. Saya tahu sumbangan kecil saya ini tidak akan dapat bantu beliau sepenuhnya, tetapi saya tidak keberatan dan dengan sumbangan kecil ini, diharap membantu meringankan sedikit beban keluarganya.

Semoga dapat membantu dan saya doakan berkat usaha gigih saudara mencuci kereta, lebih ramai akan tampil membantu.

Guys, siapa yang nak cuci kereta, pergilah ke tempatnya di Seksyen 9 dan bantulah seboleh mungkin dengan bayaran berpatutan, bagi lebih pun lagi baik.

Janganlah bayar RM1 sahaja. Itu tidak betul.

Dato Seri Najib Razak

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.