ADUN JERAM EDAR 10,000 PAKAIAN SEKOLAH

Menyedari bebanan ditanggung golongan ibu bapa yang semakin meningkat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Shaid Rosli mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan sebanyak 10,000 pasang pakaian sekolah bagi pelajar di kawasan Jeram.

Shaid Rosli berkata pakaian sekolah dengan tag jenama “Shaid Rosli” pada kolar baju itu diedarkan bagi membantu pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

“Saya menyedari penduduk di kawasan DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan yang mencukupi.

“Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Shaid Rosli menjelaskan terdapat 10 buah sekolah dalam kawasan Jeram yang dikenalpasti akan memperoleh manfaat pakaian baharu itu.

Beliau turut bertegas untuk memastikan setiap sekolah di Jeram dapat dilengkapi dengan kemudahan selengkapnya untuk keselesaan pelajar di sekolah.

“Pihak kami akan membekalkan baju kemeja untuk murid lelaki dan baju kurung untuk murid perempuan.

“Saya akan adakan satu mesyuarat antara semua pengetua, guru besar, PIBG bersama dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

“Sebagai wakil mereka saya bertanggungjawab untuk memastikan keperluan sekolah mencukupi,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.