KEMATIAN LETUPAN PAIP MINYAK HARAM MENINGKAT

.

.

Pasukan tentera mengawal kawasan letupan saluran minyak haram di Talahuelilpan, Hidalgo, Mexico, pagi Sabtu.

Angka kematian akibat letupan saluran paip minyak haram di Tlahuelilpan, kira-kira 105 kilometer (km) dari bandar Mexico, di sini meningkat kepada 66 orang, hari ini.

Dalam satu pertemuan dengan Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, Gabenor Hidalgo, Omar Fayad memberitahu, setakat ini 76 lagi mangsa dilaporkan cedera.

Reuters melaporkan, ketika kejadian orang ramai dikatakan sedang berebut-rebut untuk mengambil minyak yang bocor daripada paip tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.