PETROL, DIESEL NAIK

.

Harga runcit petrol dan diesel dalam negara naik, bagi RON 97 dan RON 95 dinaikkan sebanyak 6 sen seliter dengan nilai masing-masing menjadi RM2.28 dan RM1.98 sen bermula tengah malam ini sehingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bagi harga diesel turut dinaikkan sebanyak 12 sen seliter daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter bagi tempoh sama.

“Kenaikan ini berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu lalu,” katanya, pada Sabtu.

Siaran media Kementerian Kewangan
Siaran media Kementerian Kewangan
Bemula 4 Januari lalu, harga runcit produk petroleum telah diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.