JUMPA DI MAHKAMAH – TERESA

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Halim bertegas untuk tidak menarik balik kenyataan dibuat kepada Menteri Industri Utama, Teresa Kok walaupun diancam dengan tindakan mahkamah.

Syarhan berkata Teresa yang menuntut beliau untuk menarik kembali kenyataan didakwa sebagai fitnah dan menuntut RM30 juta sebagai pampasan, boleh berbuat demikian dalam mahkamah.

“Saya mempertahankan kenyataan saya membela dan menyatakan kebersamaan saya bahawa isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh ketua Pemuda PAS Malaysia adalah benar.

“Dengan tegas juga menyatakan bahawa DAP adalah parti yang anti Islam dan termasuklah sebahagian pimpinannya menunjukkan sikap yang jelas anti pada Islam,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Syarhan berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia parti PAS dan exco Pemuda PAS Selangor.

Terdahulu, Teresa Kok yang juga ahli DAP dalam surat tuntutan menerusi firma guaman SN Nair & Partners pada 23 Januari mendakwa Syarhan menulis dan menerbitkan satu artikel di laman peribadi Facebook beliau pada 19 Januari lepas yang berupa fitnah dan menghina beliau.

Firma guaman yang mewakili Teresa itu berkata kandungan artikel itu dalam makna biasa dan semulajadi menggambarkan Kok sebagai menentang Islam, rasis dan seorang menteri yang tidak adil dan tidak jujur.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.